Cara periwayatan hadis terbahagi kepada lapan bahagian iaitu:
- Al-Sama' (S)
- Al-Ard Wal Qiraah (A)
- Al-Ijazah (I)
- Al-Munawalah (M)
- Al-Kitabah (K)
- Al-I'lam (I)
- Al-Wasiyyah (W)
- Al-Wijadah (W)
- Al-Sama'(guru membacakan apa yang diajar kepada pelajar)
- Kaedah ini merupakan kaedah yang paling tinggi kedudukannya.
- Mempunyai ciri2 berikut:
*penyampaian secara lisan
*pembacaan daripada kitab-kitab
*pertanyaan dan jawapan
*pembacaan kepada pelajar dan pelajar mencatatnya
2. Al-Ard Wal Qiraah(membacakan kepada guru apa yang telah dipelajari)
- Merupakan kaedah yang paling kerap digunakan
- Pelajar membaca hadis yang dihafal kepada guru yang mengajar.
- Contohnya Ibn Hajar Al Asqalani berpendapat dalam kaedah ini membacakan apa yang ditulis dalam kitab adalah lebih selamat daripada membacakan apa yang dihafal atau mendengar orang lain membacakan di hadapan guru.
3. Al-Ijazah(meminta kebenaran)
- Bermaksud memberi kebenaran kepada seseorang atau sekumpulan orang tertentu untuk meriwayatkan hadis atau kitab.
4. Al-Munawalah(memberikan kepada seseorang pelajar untuk diriwayatkan)
- Di dalam kaedah ini,guru akan memberikan kepada pelajar kitab@bahan bertulis yang mengandungi hadis kepada pelajarnya untuk diriwayatkan.
- Dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
- Munawalah dengan keizinan
- Munawalah tanpa keizinan
- Jumhur ulama' mengharuskan amalan penerimaan hadis secara munawalah dengan keizinan.
- Antara orang yang mengamalkan munawalah adalah Al Zuhri yang menyerahkan bahan bertulis tentang hadis kepada beberapa orang ulama' terkenal iaitu:
- Al Thawri
- Al Awza'i
- Ubaidullah bin Umar
5. Al-Kitabah(Surat menyurat)
- Kaedah ini dikenali sebagai mempelajari hadis melalui surat menyurat.
- Menurut kaedah ini guru akan menulis sendiri hadisnya untuk pelajar yanag tidak hadir lalu dikirimkan melalui oranh yang dipercayai.
- Terbahagi kepada 2 iaitu:
- Kitabah berserta keizinan
- Kitabah tanpa keizinan
- Contohnya Ibn Al Abbas telah menulis dan mengirimkan surat yang mengandungi hadis2 untuk Ibn. Abu Mulaykah dan Najdah.
6. Al-I'lam(guru memberitahu tentang hadis)
- Dalam kaedah ini guru akan memberitahu pelajarnya tentang hadis yang diriwayatkannya secara menyeluruh.
- Ramai ulama' mengharuskan kaedah penerimaan hadis secara Al-I'lam dengan syarat guru itu mesti thiqah dan amanah.
7. Al-Wasiyyah(Mengamanahkan kitab tertentu kepada seseorang untuk diriwayatkan)
- Berlaku apabila seseorang alim(guru),sebelum pemergiannya beliau mewasiatkan kitabnya yang mengandungi hadis yang diriwayatkan kepada orang lain untuk diriwayatkan.
- Contohnya Abu Qilabah Abdullah bin Zayd al-Jarami telah mewasiatkan kitabnya kepada Ayyub al-Sakhtiyani.
8. Al-Wijadah(jumpa)
- Bermaksud seseorang itu terjumpa hadis daripada mana2 kitab tertentu tanpa mendengar,ijazah dan munawalah untuk meriwayatkan hadis berkenaan.
- Ada dalam kalangan ulama' salaf yang mempraktikkan kaedah ini seperti mana kitab kepunyaan Sa'd bin Ubadah yang dirujuk oleh mereka yang mempelajari hadis.