Wednesday, September 22, 2010


Pembahagian Ulum Hadis

Definisi Ilmu Hadis
Ilmu Hadis adalah pengetahuan mengenai kaidah-kaidah yang menghantarkan kepada pengetahuan tentang perawi (sanad) dan lafaz (matan)

 Penjelasan Definisi
•Sanad adalah rangkaian rijal yang menghantarkan kepada matan
•Matan adalah perkataan yang terletak di penghujung sanad.

Istilah Pengertian beserta contoh

Sanad : Rangkaian perawi bermula awal hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w
Contoh: Al-Bukhari > Musaddad > Yahyaa > Syu’bah > Qatadah > Anas > Nabi Muhammad SAW

Isnad : Sandarkan hadis pada periwayatnya

Musnad: Kitab yang dikumpul dalamnya apa diriwayat oleh seorang sahabat atau lebih
Contoh: Musnad Imam Ahmad

Musnid: Orang yang meriwayat hadis dengan isnadnya, sama ada ia mengetahui ilmu hadis atau tidak
Contoh: Imam Al- Bukhari

Rawi: Orang yang meriwayat hadis Nabi
Contoh: Abu Hurairah

Matan: Lafaz hadis yang membentuk pengertian
Contoh: 'Kebersihan sebahagian daripada Iman'

Bahagian Ilmu Hadis 
  • Hadis Riwayah
  • Hadis Dirayah
Hadis Riwayah

Definisi

Riwayah berasal dari perkataan Bahasa Arab iaitu روي,يروي,رواية
Riwayah menurut bahasa ialah cerita,khabar,kisah,warta,hikayat atau pemberitahuan.
Riwayah merangkumi memperkenalkan rangkaian perawinya,mwnjaga lafaz-lafaznya serta segala yang berkaitan dengan permindahan dan pengambilan hadis sahih yang terjaga.
Riwayah juga merangkumi perbincangan mengenai makna,pengajaran dan sebab wurud.

Pengertian lain mengenai hadis riwayah
  • Ilmu yang menyatakan berkaitan dengan penyambungan atau pemindahan sesuatu yang berhubung dengan Baginda Rasulullah s.a.w. sama ada dalam bentuk perkataan,pengakuan dan perbuatan.
  • Suatu ilmu yang berfungsi untuk memindahkan apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara khusus,sama ada dalam bentuk perkataan,perbuatan,pengakuan atau ketetapan dan sifat atau tingkah laku Baginda s.a.w.
  • Ilmu yang membicarakan penukilan hadis secara bertulis daripada Nabi s.a.w. sama ada dari sudut perkataan,perbuatan,pengakuan atau sifat pengakuan atau sifat dan juga segala apa yang disandarkan kepada Sahabat dan Tabi’in.
 Jenis Hadis Riwayah
Hadis Riwayah terbahagi kepada dua jenis:
  • Riwayah dengan lafaz
  • Riwayah dengan makna
Riwayah dengan lafaz
Riwayah dengan lafaz bermaksud:Permindahan sesuatu hadis dengan menitikberatkan lafaz perawinya tanpa melakukan sebarang pindaan atau gantian tehadap huruf dan perkataan Rasulullah s.a.w..

Riwayah dengan makna
Riwayah dengan makna ialah perawi mengemukakan hadis tanpa terikat dengan perkataan-perkataan yang telah didengarinya.Dia menukar lafaznya dengan perkataan yang sama maksud dengan perkataan asal.

Hukum meriwayat dengan makna
  • Sebahagian Sahabat,Tabi’in dan Ahli Hadis mengharuskan riwayat dengan cara ini
  • Sebahagian Sahabat,Tabi’in dan Ahli Hadis tidak membenarkan riwayat dengan makna kerana tidak menepati syarat-syarat tertentu.
Syarat riwayat dengan makna
  • Perawi mstilah mahir dengan lafaz-lafaz hadis secara mendalam,mengetahui perbezaan antara perkataan tersebut dari aspek tatabahasa dan gaya bahasa Arab segenap aspek.
  •  Riwayat itu mestilah tidak samar-samar atau mengandungi makna tersirat lain yang berkemungkinan boleh menyebabkan terkeluar dari maksud sebenar Rasulullah s.a.w.
  • Penukaran lafaz hendaklah dengan makna yang seerti dan tepat menurut bahasa Arab dengan lafaz asal.
  • Lafaz yang diganti hendaklah benar-benar tepat tanpa sebarang tambahan dan pengurangan.

 Kesimpulan riwayat dengan makna ini 
  • Majoriti ulama seperti : Imam Malik,al-Syafie,abu Hanifah serta jumhur fuqaha’,sepakat mengharuskan riwayat dengan cara ini namun perlu mematuhi syarat-syaratnya agar tidak timbul penyelewengan.
  • Konteks mutakhir ini,ramai kalangan ulama seperti:al-Qadi ‘Iyyad,Ibn Sirin, ‘Ali bin al Madini,al-Qasim bin Muhammad,tidak membenarkan riwayat dengan cara ini.Hal itu memandangkan jarak waktu yang terlalu jauh dengan Rasulullah s.a.w. ,Sahabat,Tabi’in,Salaf serta dikuatiri dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Mereka tidak membenarkan riwayat dengan cara ini dalam keadaan untuk berhujah atau meriwayatkan kepada seseorang kecuali membicarakannya dalam majlis-majlis ilmu.Justeru,para perawi disaran menggunakan ayat (أوكماقال) atau seumpamanya,untuk mengelakkan daripada meriwayatkan hadis dengan makna atau jika ia syak pada lafaz asalnya.
Skop perbahasan Hadis Riwayah
Menerusi penjelasan pengertian yang dikemukakan sebagaimana disebutkan diatas menjelaskan bahawa skop utama serta dasar persoalan Hadis Riwayah ialah mengenai diri dan peribadi Rasulullah s.a.w.

 Pengasas Ilmu Hadis Riwayah
  • Imam Muhammad bin Syihab al-Zuhri(m.123H).
  • Orang pertama yang bertindak sebagai perintis kepada Pengajian Hadis Riwayah.
  • Seorang yang berusaha gigih dalam mengumpul hadis-hadis Nabi s.a.w. serta membukunya.
  • Beliau melakukan usaha tersebut dengan arahan khalifah ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz.
Tujuan pengajian Hadis Riwayah
  • Kita dapat mengetahui ketetapan hadis
  • Dapat pelihara sumber hukum Islam Al-Quran dan As-Sunnah
  • Selamat digunakan tanpa berasa curiga atau was-was
  • Pelaksanaan menyampaikan hadis dengan apa yang kita telah pelajari.
 Hukum mempelajari Hadis riwayah
  • Fardu ain terhadap setiap individu
  • Fardu kifayah terhadap semua umat Islam.

No comments:

Post a Comment